PHONEGRAPHY ITU MUDAH

Semakin ramai yang ada smartphone yang super canggih. Smartphone yang ada semakin mudah untuk digunakan bagi tujuan fotografi.

Hanya perlukan sedikit sentuhan asas fotografi, gambar yang diambil guna smartphone pun dah boleh jadi lawa.

5 tips saya kongsikan dalam naskah NST pada 12 November 2018. Secara ringkas ia boleh disimpulkan dengan

 

1. Bermain dengan warna
Warna boleh memainkan peranan besar dalam gambar yang dihasilkan. Ia boleh mengubah suasana melihat serta mengarahkan mata untuk terus atau tidak melihat gambar yang dihasilkan. DenganĀ  sedikit sentuhan warna yang pop, ia boleh menjadikan gambar yang terhasil lebih menonjol. Jangan gunakan lebih daripada dua warna, supaya gambar yang terhasil lebih kelihatan sederhana dan minimalis.

 

2. Buat komposisi yang mudah
Gunakan objek yang mudah didapati dalam mencorak gambar. Cuba ambil bayang-bayang manusia dan arahkan ia untuk berdiri sebaiknya. Gunakan tambahan payung berwarna-warni sebagai prop tambahan bagi menyerikan lagi gambar yang terhasil.

 

3. Guna apps yang tersedia ada dalam smartphone. Contoh apps silky water dalam Huawei.
Saya suka kepada telefon jenama ini. Ia ada apps terbina dalamnya yang sangat sesuai bagi mereka yang suka ambil gambar landscape dengan kesan alunan air bak kapas. Hanya letakkan smartphone pada tripod yang kukuh, kompo pada subjek, dan mulakan shutter dengan apps silky water. Pasti akan terpukau dengan hasil gambarnya.

 

4. Gunakan elemen reflection
Tasik, air, laut dan apa sahaja permukaan reflektif sangat bagus dalam menghasilkan gambar yang menarik dan unik. Pastinya tidak akan menyangka, gambar seperti ini dapat dihasilkan hanya berpandukan tempat duduk seperti yang terdapat di Dataran Merdeka, KL.

 

5. Menyelusuri dunia kecil sang bunga dan serangga
Jangan risau jika anda suka untuk menangkap gambar makro seperti butiran bunga atau serangga dan anda tidak mempunyai peralatan penuh seperti lens makro dan dslr. Pada masa ini, kita boleh menggunakan telefon pintar dan dengan tambahan lens macro kecil untuk menangkap objek kecil seperti yang anda mahu. Terdapat banyak jenama yang boleh didapati kanta makro di pasaran yang boleh anda pilih. Ini tentulah memerlukan banyak latihan untuk lebih sempurna. Dan pastinya, anda akan ketagih disaat lepas mendapatkan gambar yang tidak pernah anda sangka sebelum ini.

Amacam? Dapatkan senaskah NST untuk anda simpan nota ini tau. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!