RAHSIA JUAL GAMBAR ONLINE YANG SUKSES

Gambar-gambar dan video yang kita sering ambil itu sebenarnya boleh buat duit kembali. Juallah secara online di pasaran antarabangsa.

Mengambil gambar dan aktif terlibat dalam stokfoto antara salah satu pendapatan pasif yang dapat dijana menerusi fotografi. Namun, seringkali terlihat, ada antara fotografer tidak dapat bertahan lama dalam stokfoto kerana kecewa hasil yang diterima seakan tidak setimpal dengan hasil karya mereka. Untuk itu, adalah penting untuk fotografer yang ingin menjadikan stokfoto sebagai salah satu punca pendapatan pasif, mereka haruslah menitikberatkan perkara berikut dalam merancang strategi pengambilan gambar dalam galeri mereka.

1. Ikuti trend /isu semasa

Gambar anda mungkin menarik tetapi ia hadir dalam galeri diwaktu yang tidak sepatutnya. Untuk itu anda haruslah peka akan trend/isu semasa dan seeloknya memuatnaik foto dalam galeri ketika trend/isu sedang hangat diperkatakan. Ataupun jika boleh, ia haruslah sudah sedia berada dalam galeri anda sekurang-kurangnya 3 bulan awal jika sekiranya anda tahu akan kewujudan isu/trend tersebut akan datang.

2. Kenali setiap peristiwa/perayaan yang ada dalam kalendar anda

Setiap perayaan kemungkinan akan ada makanan yang istimewa dihidangkan atau pakaian yang dipakai sekali dalam setahun. Bersedia untuk merancang mengambil gambar yang menarik berkaitan makanan atau pakaian tersebut. Begitu juga dengan setiap momen yang berlaku dalam peristiwa/perayaan seperti Hari Raya. Jangan hadkan kepada gambar-gambar yang biasa-biasa, tetapi ciptalah gambar-gambar yang sedikit berbeza dan cuba tiruvasi dengan idea anda sendiri.

Boleh dah ambil kalendar dan bulatkan tarikh-tarikh penting untuk anda mula membuat gambar atau video.

3. Jangan mudah putus asa

Penuhi galeri anda dengan gambar-gambar yang pelbagai. Anda mungkin tidak tahu, kemungkinan gambar yang anda ambil dalam acara yang popular yang anda tidak pernah ambil gambar sebelum ini mungkin menjadikan peluang untuk anda terus menerus menjana pendapatan untuk tahun akan datang.

Paling mudah, bawa kamera ke mana sahaja. Kita mungkin tidak tahu, ada momen atau benda penting atau berharga di hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!