Melatih mata dengan melihat objek, struktur bangunan dan warna dapat membantu seni melihat dengan lebih mudah.

Ia boleh dilakukan dengan selalu praktis, praktis dan praktis. Boleh bermula dengan melihat apa yang ada disekeliling kita dahulu.

Saya mudahkan dengan contoh di bawah ini.

1. Perhatikan gambar pertama dan kedua.

2. Pada gambar pertama, saya sudah nampak warna yang sangat menarik. Ada biru dan merah. Struktur bangunan pun nampak cantik. (PEKA)

3. Saya siap sedia dengan kompo dan berada diposisi yang sepatutnya. (HAMPIRI)

4. Dan apabila subjek lalu sahaja dan ia berada dalam kompo yang saya sudah jangkakan, terus klik. (hasil daripada TUNGGU)

5. Lebih menarik, ada 2 jenis pengangkutan di situ. (CERITA)

Sebab itulah pentingnya untuk PEKA, berani mengHAMPIRI dan TUNGGU dengan sabar untuk mendapatkan gambar yang menarik dan ada CERITA.

Ini hanyalah contoh mudah sahaja. Ia untuk memberi pemahaman ringkas bagaimana hendak bermula sebelum ia boleh dipelbagaikan kompo dan olahan bergantung kepada situasi. Setidaknya gambar yang dihasilkan akan ada sedikit cerita yang ingin disampaikan dan ia tidaklah tergantung begitu sahaja. 

Selamat mencuba