Kita boleh bermula dengan mudah dalam fotografi jika mempunyai minat yang mendalam dan rajin membuat ujikaji. Semudah cara dengan pelbagai tips yang boleh dibuat walaupun dengan menggunakan smartphone sahaja.

1. Tengok pada warna.
Cari mana-mana daun/bunga dan kompo kan ia dengan background yang ringkas. Jangan lebih daripada tiga warna. Tidak semak dan serabut. Make it simple orang jawa kata. Malah boleh applikasi dengan apa jua subjek yang menarik nampak depan mata.

2. Selongkar daun dan cari uratnya. 
Posisikan kamera di bawah daun dan cari uratnya. Boleh bermula dengan daun keladi. Ia punya texture menarik. Tengok cahaya memancar ke mana untuk dapatkan texture yang lebih menonjol. Sekali lagi, cari apa jua texture yang menarik yang boleh korang buat dengan ujikaji ini. 

3. Main dengan bayang-bayang.
Cari mana-mana daun pisang sebagai contoh dan ambil gambar di bawahnya. Cari apa-apa subjek menarik sebagai bayang-bayang. Untuk contoh yang ini, saya gunakan tapak tangan saja. Boleh cuba jaya dengan cicak, kumbang, yang tenggek atas daun tu. Kena pastikan korang nampak bayang-bayang itu tau, jika tak, sampai ke sudah tak nampak nanti. Perhatikan submer cahaya datang dari arah mana.

Inilah antara tips mudah nak bermula dengan ambil foto guna smartphone saja. Kalau ada kamera pun boleh cuba jaya juga. Yang penting ada kerajinan dan suka ambil gambar. Tak suka kena paksa-paksa, memang tak kan jadi gambarnya. Ke laut dik.

Ok, hingga jumpa ke next tips lagi okey.