Pada hari Sabtu, 28 Julai 2018, ada diadakan Milo Breakfast Day 2018 di Pasir Gudang, Johor.

Acara yang diadakan saban tahun dengan hastag #JomAktif dan #MBD2018 diperkenalkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bersarapan pagi dan menjalankan pelbagai aktiviti riadah aktif bersama keluarga sambil menikmati Milo percuma yang disediakan.

Tahun ini, saya sempat untuk turut serta. Ada kelapangan masa sedikit berbanding tahun-tahun lepas. Tapi bukan dalam acara larianlah. Hanya sekadar jalan-jalan di sekitar kawasan sambil keluarkan kamera, snap apa yang menarik dimata.

Umum tahu, acara sebegini akan ada banyak aktiviti yang menarik untuk dirakamkan. Hanya perlu lihat dan analisa sebelum butang shutter dipetik.

Berpandukan pengamatan pada foto-foto bagi acara sebegini sebelum ini, saya hanya menumpukan pada satu kamera dan satu lensa sahaja. Pilihan pastinya pada lensa yang mempunyai keupayaan telezoom, dan Panasonic Lumix FZ300 menjadi pilihan saya.

FZ300 yang mempunyai keupayaan hingga ke 600mm zoom saya pilih bagi pemudah cara kepada momen yang saya kehendaki.

Agak sukar juga sebenarnya jika tidak pernah ambil foto bercorak acara sebegini. Keliru hendak ambil foto apa.

Untuk kali ini saya gunakan pendekatan

  1. Banyakkan low angle. Cangkung atau rendahkan kamera seboleh yang mungkin untuk dapatkan aksi yang lebih menarik dengan latar belakang langit biru. Kelebihan jika kamera yang digunakan mempunyai tilting monitor. Syukurlah FZ300 ada.
  2. Setkan kepada burst mode supaya tidak ketinggalan dalam merakam momen yang berlaku depan mata.
  3. Akan ada ramai orang lalu lalang di hadapan anda. Perlu posisikan diri pada momen atau aktiviti depan mata yang berlaku dan cepat-cepat tekan butang shutter pada momen yang sesuai.
  4. Pelbagaikan sudut mengambil foto. Lihat pada komposisi disekitar subjek dahulu. Cuba jaya setiap sudut dan jangan putus asa. Akan ada banyak orang akan turut serta dalam setiap aktiviti, jadi jangan risau.
  5. Jangan lupa ambil detail seperti papan tanda acara, banner, atau apa jua yang menunjukkan signature acara tersebut. Untuk siri foto ini, saya ambil banner yang ada di pentas utama berserta aktiviti yang berlaku. Perlu sabar sedikit.

Diharap sedikit perkongsian sebegini memberi anda sedikit idea bagaimana mendapatkan foto-foto yang menarik untuk mana-mana acara seperti ini secara ringkasnya. Untuk galeri penuh, boleh lihat di sini.

Untuk orang Kota Bharu dan Putrajaya, nantikan #MBD2018 datang ke tempat anda pada

Kota Bahru 4 Ogos 2018

Putrajaya 11 & 12 Ogos 2018