BUNTU HENDAK AMBIL GAMBAR BAGAIMANA DI BENGKEL?

Kita sering ke bengkel. Tak kiralah, bengkel basikal ke, bengkel kereta ke, ataupun bengkel orang menukang kayu. Macam seronok tengok persekitaran bengkel tu.

Mesti nampak penuh dengan peralatan, mesin, berselirat dengan segala macam wayar, tentu pening kepala hendak ambil foto menarik, bukan?

Teringin nak buat gambar kat bengkel, tapi tak tahu macam mana.

Celah sudut manalah hendak diambil. Boleh buntu kepala dibuatnya.  Salah ambil nanti terpijak pula minyak-minyak yang bertakung. Kena marah pula dengan tuan punya bengkel!.

Tetapi kalian boleh ikuti 5 tips mudah yang saya berikan di bawah ini sebagai petunjuk idea untuk menjadikan bengkel yang berselirat keadaannya namun tetap cantik dalam foto. Jeng, jeng, jeng. Tips mudah saya berikan ni. Kena cuba tau.

1. Minta izin kepada tuan punya bengkel terlebih dahulu. Jaga adab dan tatasusila. Jangan berbuat bising dan ketika mengambil foto jangan sampai mengganggu kerja mereka. Hormati dan ucaplah terima kasih setiap kali selesai ambil foto. Penting nih!.

2. Pergi awal pagi. Sebolehnya ketika mula bengkel dibuka. Akan ada banyak aktiviti menarik yang akan berlaku. Boleh perhatikan gerak kerja mereka dari awal. Tengok apa yang mereka buat.

3. Perhatikan keadaan sekeliling dahulu. Sesuaikan mata melihat persekitaran yang ada. Mula berfikir hendak ambil foto yang bagaimana. Komposisi, sudut dan pencahayaan paling penting untuk diambil perhatian.

4. Ambil foto secara wide dan close up. Ini sedikit sebanyak dapat memberi penceritaan apa yang berlaku di bengkel tersebut.

5. Tidak lupa untuk memasukkan human element dalam foto anda. Sentuhan sebegini dapat menjadikan foto anda ada sedikit bernyawa.

Diharapkan perkongsian sebegini, sedikit sebanyak akan dapat memberi idea kepada anda. Dan jika anda berkehendakkan bagaimana mendapatkan foto sebegini, atau anda ingin saya bantu dalam memperkasakan lagi fotografi anda, boleh hubungi saya di zanariah.salam@gmail.com

Amacam, nak saya bantu anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!