1. Buat mereka yang nak tahu, akan ada satu Ezine Fotopeekture yang bakal keluar buat pertama kalinya 15hb Julai 2018 ini.
  2. Foto dan artikel dalam ezine ini dirangkumkan dalam satu bentuk penulisan santai. Ia bakal dikeluarkan sebulan sekali setiap 15 haribulan.
  3. Ada cerita pasal fotografi, kisah kembara dan penulisan.
  4. Fotografi menjurus kepada genre fotografi, gajet yang boleh dibeli, dan cerita teknikal.
  5. Kisah kembara pula memaparkan pengalaman kembara dalam dan luar negara beserta foto yang menarik dan buat hati teruja terus nak mengembara juga. Ada juga diselitkan tip-tip berkaitan kembara dan fotografi.
  6. Sesuai untuk mereka yang sukakan bacaan ringkas dan seronok bila tengok foto. Teruja terus nak belajar dan tahu apa itu fotografi. Nampak menarik sungguh.
  7. Hanya perlu Like Page Facebook Fotopeekture dan join group di sini
  8. Kemudian share tentang berita ini pada rakan-rakan anda.
  9. Semoga dengan perkongsian sebegini dapat membawa pembaca melihat hasil karya anak tempatan dan seterusnya menghargai fotografi sebaiknya.
  10. Lebih banyak perkongsian akan dibawakan nanti, Insya-Allah. Sama-sama menyokong usaha ini ke arah penulisan, kembara dan fotografi yang lebih baik.