Saya berjinak-jinak dengan fotografi sejak akhir 2009. Bermula dengan kamera entry level Sony A330. Belajar sendiri dan ikut beberapa outing dengan kawan-kawan. Kemudian pergi belajar menerusi workshop yang dianjurkan oleh Sony Malaysia. Ikut outing mereka dan jumpa dengan rakan-rakan yang sama-sama menggunakan jenama Sony. Belajar dari mereka.

Kemudiannya, timbul rasa hati, ke mana hendak dibawa hobi ini. Untuk melibatkan diri kepada genre jurugambar perkahwinan yang rata-rata menjadi tumpuan masa itu, arrrgh, itu bukan minat saya.

Terus, pada 2013, saya beranikan diri untuk turut serta dalam satu pertandingan fotografi jalanan (streetphoto). Itupun setelah hari semalamnya berguru dengan ChotTouch, otai streetphoto di Batu Pahat. Inilah kali pertama turut serta dalam pertandingan fotografi. Tak disangka, foto saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu. Foto yang diambil di sebuah kedai gunting rambut yang masih lagi dihiasi dengan interior yang luar biasa. Tin-tin aluminium digubah menjadi kapal terbang dan tanglung menghiasi deco kedai ini. Nostalgia, bukan. Tambahan pula dengan adanya dua generasi yang wujud dalam foto ini secara langsung.

Foto yang mendapat Tempat Pertama Pertandingan Foto Jalanan (streetphoto) di batu Pahat, Johor. | Sony RX 100

Kemudian, masuk lagi beberapa pertandingan fotografi. Memang teruja kerana dengan cara inilah saja, nilai karya saya boleh dinilai. Sedikit sebanyak ia membentuk minda saya untuk terus bergerak aktif mencari foto yang dikehendaki oleh penganjur.

Top 5 Pertandingan Fotografi #CantiknyaMalaysia TV3 2016. | Sony A6000

Ini antara 5 intipati asas yang sering saya gunakan apabila masuk mana-mana pertandingan fotografi.

1.   Kenali Juri

Jika ada mana-mana pertandingan yang mengetengahkan barisan nama juri, kaji apa bidang atau genre mereka. Juri-juri ini dipilih kerana kekuatan mereka. Buat foto yang memenuhi kriteria yang dimahukan oleh penganjur dan yang dikatakan oleh juri.

Saguhati Pertandingan Fotografi ImKlik Iskandar Malaysia 2016. | Sony A6000

2.  Terma dan Syarat

Setiap pertandingan ada syarat yang perlu dipatuhi. Kenal pasti adakah syarat yang dikenakan itu berpihak pada penganjur, pada peserta ataupun win-win situation. Kita menghantar hasil karya untuk dinilai, dan jika boleh, kita juga perlu bijak dalam menjadi peserta. Ada sesetengah penganjur tidak begitu memahami isu hakmilik karya fotografi. Penting bagi fotografer untuk menilai terma dan syarat yang dikenakan supaya ianya tidak berat sebelah.

Apa tema yang dikehendaki itu penting untuk ditafsirkan. Jangan sembrono dalam menghantar foto.

Kaedah suntingan juga perlu diambil perhatian. Ada sesetengah pertandingan tidak menerima suntingan yang keterlaluan. Ambil masa untuk baca keseluruhan terma dan syarat supaya kita bijak dalam menjadi peserta.

Kenal pasti juga, sama ada penghantaran foto dilakukan menerusi digital mahupun pos. Dan yang paling sekali, bila tarikh tamat pertandingan.

Tempat Ketiga Pertandingan Fotografi Melaka 2015. | Sony A6000

3.   Tema Pertandingan

Buat kajian akan tema yang dikehendaki oleh penganjur. Membuat foto yang mampu bercerita menggunakan tema yang diberikan akan menarik mata juri. Jika boleh, buat sketch terlebih dahulu ketika menjana idea. Buat beberapa plan idea supaya ada back-up jika plan A tidak menjadi, anda ada idea plan B, dan seterusnya.

Lihat pemenang pada mana-mana pertandingan fotografi. Ini sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi dan sedikit idea. Malah dengan cara ini, ia juga mencabar diri untuk buat karya yang lebih baik lagi.

4.  Tahu Teknikal Foto

Tidak perlu untuk menjadi pro untuk masuk mana-mana pertandingan. Yang diperlukan ialah tahu asas fotografi, komposisi dan pencahayaan. Paling penting, anda tahu bagaimana hendak menterjemahkan tema dalam foto yang diambil. Jadi kreatif.

Top 50 Travel Photographer Asia 2015 dan Social Media Award. | Sony A6000

5.   Rajin Masuk Pertandingan Fotografi Dalam dan Luar Negara

Rajin berusaha pasti jaya. Masuk pertandingan fotografi dan kemudian menang, sedikit sebanyak boleh membina portfolio seorang fotografer. Ada banyak pertandingan fotografi yang boleh dicuba. Antara pertandingan yang sedang berlangsung untuk tahun 2018 adalah seperti berikut: