20 PERKARA YANG ANDA LAKUKAN JIKA MINAT FOTOGRAFI

Mereka yang suka pada fotografi akan membuatkan anda

1. Enjoy ambil gambar sentiasa.

2. Disiplin dalam menyediakan kelengkapan peralatan terutamanya bateri, memori kad, penjagaan lens dan kamera.

3. Memanjangkan ukhwah sesama rakan sehobi.

4. Melihat sesuatu tempat itu dengan penuh perasaan, dan terus membayangkan alangkah indahnya jika diambil gambar dengan kamera.

5. Masuk mana-mana group atau komuniti fotografi.

6. Ikut workshop dan outing fotografi selalu. Salah satu #FotoOhsem lah.

7. Mula tengok P, A, S dan M dalam kamera.

8. Mencari diri sendiri suka pada genre yang bagaimana.

9. Sanggup mendengar orang mengkritik gambar anda demi penambahbaikan akan datang.

10. Selalu mendapatkan inspirasi daripada fotografer lain.

11. Membaca banyak buku dan majalah berkaitan fotografi.

12. Mula memerhatikan garisan-garisan yang nampak depan mata.

13. Selalu dongak ke atas dan ketika melihat pada awan, serta merta rasa syukur sangat-sangat atas segala nikmat yang DIA telah berikan.

14. Mula menggodek software dan apps editing seperti Snapseed, VSCO, Lightroom, photoshop.

15. Selalu ambil gambar tanpa henti. Gian.

16. Sanggup cangkung, duduk, meniarap tatkala mahu mendapatkan sudut terbaik. Tapi kalau guna kamera Sony, tak perlu buat ini semua, semudah gunakan tilt screen nya saja.

17. Tak risau kotor pakaian, asalkan dapat gambar terbaik.

18. Memeriksa di mana cahaya datang dan bila matahari terbit dan terbenam.

19. Ulang kali pergi ke suatu tempat tanpa jemu. Setiap kali pergi ada saja momen baru dijumpai dan mula perasan yang semua depan mata cantik sangat.

20. Smartphone sentiasa ada ditangan atau poket.

Dalam 20 senarai ini, berapa banyak anda dah alami dan lalui?
Hehe.

Zanariah Salam
Setiap perkara berlaku itu momen yang perlu diambil peduli supaya hidup lebih bermakna dan rasa seronok hari-hari. Be positive.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!