10 TIPS BELI SMARTPHONE YANG HARUS ANDA KETAHUI

Sekarang ini dah bermacam jenama smartphone ada di pasaran. Semuanya menjanjikan kualiti tangkapan gambar yang menarik disamping beberapa lagi keistimewaan yang diberikan.

Memang boleh buat pengguna tergoda habis. Dari 1 kamera hingga ada sampai 5 kamera disediakan bagi menyenangkan kerja buat penggemar fotografi.

Sebaiknya, sebelum membeli smartphone baru atau mula tergoda dengan pelbagai iklan yang ulang tayang di media sosial itu, adalah lebih baik untuk ambil tahu 10 tips ini sebelum kita menyesal tak sudah.

1.Sistem operasinya, suka pada android ataupun iOS
Nak kena tanya diri sendiri, lebih selesa yang mana. Sebab yang nak tekan-tekan kat skrin telefon tu tangan sendiri, bukan tangan orang lain. Tidak dinafikan ios lebih pantas dan menyenangkan lebih-lebih buat peminatnya tersendiri.

2.Gunakan smartphone untuk tujuan apa.
Banyak guna nanti untuk ambil gambar, video, internet atau apa? Ini semua berkait rapat dengan series dan jenama yang dipilih. Kalau pilih untuk tujuan fotografi, lihat pada megapixelnya, berapa kapasiti internal storage atau ada external storage kah, night mode nya, adakah mempunyai RAW file dan bagaimana manual mode dalam smartphone tersebut. Ini penting supaya kita puas dalam mengambil gambar atau video nanti.

3.Processor dan RAM
Ini pun penting supaya kita tahu keupayaan smartphone itu masa kita nak download apps bagai. Processor yang baik membolehkan anda buat apa saja dalam smartphone tanpa lagging atau crush. Manakala RAM membolehkan anda menyimpan apps yang anda buka untuk kegunaan processor. Sebab itu anda boleh buka dan keluar apps tanpa perlu nak restart semula apps tersebut. Sebaiknya pilih RAM yang besar supaya ia boleh handle banyak apps dalam satu masa.

4.Ruangan internal storage
Majoriti smartphone yang super canggih sekarang tak ada dah slot untuk memori kad. Jadinya sila tengok dengan teliti internal storage dia berapa? Tapikan, agak-agak kalau dah selalu ambil gambar dan video tu, sila-sila lah transfer semua file tu dalam external hard disk. Jangan sampai smartphone dah start slow baru nak transfer.

5.Saiz dan kualiti skrin
Ada orang suka pada skrin besar, ada orang pula sebaliknya. Jadinya saya cadangkan, pergi mana-mana kedai telefon, pegang dan cuba try test dahulu mana yang tangan kita rasa serasi sangat. Ingat, tangan kita yang nak sentuh skrin telefon tu setiap hari.

6.Daya tahan kapasiti baterinya
Ini pun sama penting. Biasa ia hadir dengan 3000mAh. Lagi besar lagi bagus. Tapikan kalau setiap masa layan internet, main games, tengok youtube, memang kena cas lah setiap hari. Tengok tahap penggunaan anda dan ini kembali berbalik pada poin no 2 di atas.

7.Keupayaan kamera dan videonya
Ini siapa yang memang kaki ambil gambar wajib tahu. Sebaiknya mahirkan dalam asas fotografi dahulu. Barulah lebih super cantik hasilnya. Memang kita tertarik dengan bokeh creamy tu, tapi ada sesetengah gambar, tak perlu pun nak bokeh-bokeh. Cukup rempah dalam pengisian komposisi fotografi, gambar diambil tetap menarik hati.

Seperti gambar macro di abwah ini. Saya guna smartphone Samsung 6 edge + dengan lensbong. Masih lagi boleh dapatkan gambar macro yang menarik hati dan cukup cantik backgroundnya.

8.Reka bentuk smartphone itu sendiri
Ada yang nipis, yang berlipat, yang ada lekuk kat tepi dan macam-macam lagilah. Lagi sekali, pergi rasa sendiri dan feel kan mana satu yang sesuai dalam gengaman tangan sendiri.

9.Tambahan fungsi lain yang ada
Macam Huawei / Honor ada built in apps yang sangat menarik buat penggemar landscape. Smartphone yang lain pun ada seperti time-lapse, slow-mo. Kaji dan tengok review orang lain dahulu. Lepas itu, dah beli smarphone, pastikan guna lah built in apps itu. Rugi kalau tak explore sungguh-sungguh.

Contoh gambar di bawah ini. Saya gunakan apps Silky Water bagi mendapatkan aliran air terjun bak kapas. Hebat kan apps ini. Tak perlu bawa filter dah. Hehe. Buat smartphone jenama lain, kena download apps Slow Shutter Cam, Camera FV-5, Halide, di play store / apps store untuk dapatkan hasil begini.

10.Harga dan pakej
Ini paling penting. Tepuk poket. Ada senyum atau muram. Tengok juga mana-mana pakej telekomunikasi yang menawarkan pakej yang sesuai dengan kewangan kita. Tepuk poket jangan lupa.

Serba sedikit panduan yang boleh dianalisis. Pada saya yang paling utama, mahirkan asas fotografi dahulu. Fahamkan komposisi dan cahaya. Benda ini tahu, bagi smartphone lama pun boleh power hasilnya. Nak tahu pasal komposisi dalam smartphone photography? Nah, ada di sini.

Macam dalam gambar di bawah ini. saya guna Huawei P9. Saya tahu nak ambil gambar apa, dan berada di lokasi yang sepatutnya, dapatlah saya rakam gambar begini. Permainan shadow dan warna dalam aspek fotografi lebih saya pentingkan dalam mana-mana gambar yang saya ambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!